10 Tips Mudah Untuk Anak Belajar Membaca

10 Tips Mudah Untuk Anak Belajar Membaca.


Sememangnya anak cemerlang diidamkan setiap ibubapa.Justeru, belajar membaca adalah perkara yang paling diberikan perhatian oleh ibubapa tapi malangnya majoriti ibubapa tidak tahu cara tepat mengajar membaca dan skil-skil pendekatan untuk mengajar kanak-kanak yang masih diperingkat awal umur iaitu lingkungan 3-7 tahun.

Berikut kami berikan tips yang mudah untuk ibubapa yang boleh lakukan dirumah untuk bantu proses anak belajar membaca dan menguasai skil ini dengan cepat.

1.Pilih Tempat Yang Selesa Untuk Belajar Membaca.



Tempat belajar membaca mestilah bersih, kemas, menenangkan dan tidak ada unsur-unsur yang boleh mendatangkan gangguan seperti televisyen, radio, komputer. Seeloknya, disediakan ruang khas untuk sesi belajar membaca.



2.Jadikan Aktiviti Belajar Membaca Sebagai Rutin.



Slotkan sedikit masa dalam kehidupan seharian anda khas untuk bantu anak anda belajar membaca.Contohnya sebelah petang setelah pulang dari kerja. Pastikan sesi belajar membaca itu tidak memberi tekanan kepada si kecil kerana ini boleh membuatkan mereka hilang minat belajar.


3.Hadkan Waktu Belajar Membaca.



Tidak perlu sampai berjam-jam anda luangkan untuk sesi belajar membaca ini,cukup sekadar 5-10 minit setiap sesi. Sabar dan jangan memaksa sekiranya anak anda tidak faham apa yang anda ajar.


4.Pilih Buku Yang Sesuai Untuk Belajar Membaca.



Jangan pilih buku yang terlampau sukar untuk anak anda membaca, saiz tulisan dan gambar juga memainkan peranan besar dalam menentukan tahap penerimaan anak anda terhadap proses belajar membaca.





5.Tunjukkan Contoh.


Jika ingin mengajar anak membaca, janganlah anda bersikap seperti ketam menagajar anak berjalan. Anda juga perlu pastikan anak anda biasa melihat ANDA membaca. YA! ANDA! Kanak-kanak akan menurut setiap tingkahlaku ibubapa.


6.Bacakan Buku Untuk Anak.



Sekiranya anak anda masih belum menguasai bacaan dengan lancar atau masih belum kenal huruf, Anda perlu membaca kepada mereka supaya kesedaran dan minat dapat dipupuk dari awal. Interaksi sesama ibubapa dan anak sebegini dapat meningkatkan kualiti hidup dan persefahaman, anak anda akan lebih mendengar kata dan mudah diajar kemudian hari.


7.Bawa Ke Kedai Buku.



Kalau pergi shopping mall tu, cuba sekali sekala singgah ke kedai buku,walaupun tak membeli,tak apa, lama kelamaan minat untuk membaca akan timbul. tak percaya? cubalah dulu.


8.Gunakan Flash Card.



Penggunaan Flash Card sangat membantu proses belajar membaca khususnya untuk anak umur 3 tahun.


9.Jangan Beri Ipad/ Tablet/ Smart



Dalam satu kajian, anak yang kerap diberikan Ipad/ Tablet/ Smart Phone akan mengahadapi kesukaran dalam proses belajar membaca. Anak-anak ini terbukti kurang daya fokus dan ingatan yang sememangnya mengganggu usaha belajar membaca.


10.Fahami Mekanisma Dan Komponen Kemahiran Bahasa Melayu.





 Membaca adalah satu kemahiran, dan setiap kemahiran perlu ada teknik dan pendekatan yang betul barulah hasilnya memuaskan. Anda perlu faham yang membaca bukan lagi satu kemahiran yang boleh dikuasai dengan mudah tanpa pendekatan dan teknik yang tepat.

 Seperti yang dijalankan di Kelas Belajar Membaca Minda Optima sejak tahun 1997, kami sentiasa memastikan setiap sesi belajar membaca itu sarat dengan kualiti pengajaran terbaik yang menjadi amalan kami selama ini.


 Hasil daripada pengalaman kami yang telah berjaya membantu 13,786 orang kanak-kanak 4 tahun keatas lancar membaca, kami sentiasa pastikan hanya teknik dan pendekatan yang terbaik dan efektif sahaja kami sediakan untuk para pelajar Kelas Belajar Membaca di semua cawangan kami.



Klik Link Ini Untuk Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Kelas Belajar Membaca Minda Optima :


vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^